u follow ME.. i follow u ^_*

meletopp klee KLIK iklan bwahh nie...

Tuesday, April 26, 2011

bila kau sudah tiada..

Suatu ketika kami pernah bersama

kami gembira
kami ketawa
kami bersuka ria

terdiam  seketika

bila  I C U merampasnya tiada lagi kata kata dan hilai tawa
dia  K O M A ...
aku hanya mampu berdoa
dia pula hanya mampu membalas dengan air mata

terdiam untuk kali kedua

tapi kini kerana berita gembira
dia telah sedar dari koma
alis keningnya bermain kata kata

Dia  terbang pulang ke sabah
tidak lagi bersua muka
aku tetap menunggu dan berharap khabar gembira
agar kami kembali dapat bersama

Tersentak tiba tiba

Saat mendengar khabar duka
Kini dia telah TIADA
Saat rakan dan aku berjuang untuk mencapai cita cita kami bersama
Saat sahabat dan aku menghitung hari untuk kami bersua muka
Tiada siapa dapat melawan takdir-NYA

ALLAH MAHA BERKUASA
bila jadi kata-NYA maka jadilah ia

semoga  yg hidup dipanjangkan usia
tabah menghadapi ujian-NYA
diterangkan hati dan jiwa
agar hidup berjuang di jalan-NYA
dan sentiasa dalam lindungan-NYA..
AMIN..


Al-Fatiha untuk sahabatku  Nur Afiqah Shakira Aji [26.04.2011]
kita sahabat selamanya...

credit to JASLIANAH ASAMAH untuk note ini.




*arwah ika ialah yang berbaju oren dan ungu tue... die memang seorang yang pantang kalau di ajak bergambar... semua hanya tinggal kenangan.. tapi keriangan nya masih terbayang bayang....

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector