u follow ME.. i follow u ^_*

meletopp klee KLIK iklan bwahh nie...

Thursday, January 6, 2011

INi LAh RAuB ku.

RAUB.

Pada sekitar tahun 1882, Tengku Laksamana Alang Shah dan dua anak lelakinya iaitu Awang dan Kassim telah mengadakan satu perbincangan panjang. Mereka membincangkan rancangan pengembaraan dari tanah asal mereka iaitu Kampung Natar, Pagar Ruyung di Sumatera, ke Tanah Melayu. Pada akhir perbincangan itu, mereka bersetuju bahawa ketiga-tiga mereka perlu bersama-sama mengembara.“Sudahkah kamu bersiap-siap dengan barang keperluan? Dua hari lagi kita akan bertolak,” kata Tengku Laksamana Alang Shah kepada kedua anaknya. “Kami sudah bersedia. Sudah tidak sabar lagi kami untuk memulakan pengembaraan ini,” kata mereka berdua.“Kata orang tua-tua, jauh berjalan luas pandangan,’ sahut Tengku Laksamana. “Tapi ingat, selain daripada melihat negeri orang, cuba-cubalah kita cari rezeki di sana. Satu perkara lagi, jaga-jagalah tingkahlaku kita apabila berada di rantau orang nanti. Budi bahasa kita hendaklah baik agar tidak dibenci orang.”Awang dan Kassim mengangguk.Apabila tiba hari yang ditetapkan mereka pun berangkat memulakan pengembaraan. Mereka menaiki parahu layar dengan berbekalkan makana serta sedikit barang dagangan. Setelah beberapa hari belayar, mereka sampai ke Kuala Selangor. Mereka berehat di situ untuk beberapa hari sebelum meneruskan pengembaraan mereka dengan berjalan kaki dan berakit.Dari kampung ke kampung mereka mengembara sambil berjual beberapa jenis barang yang di bawa dari Sumatera. Kadang-kadang mereka terpaksa melalui jalan yang terpencil dan dilitupi belukar untuk sampai ke satu-satu kampung. Namun demikian mereka tetap gembira kerana dapat melihat negeri orang.Oleh sebab mereka peramah dan bersopan santun, penduduk kampung yang dilawati dengan senang hati menerima mereka bermalam di situ. Sebelum tidur, mereka sering bercerita tentang keadaan di Pagar Ruyung, sesuatu yang sentiasa menarik minat tuan rumah.Setelah beberapa lam mengembara sampailah mereka ke Kuala Kubu. Dari situ mereka meneruskan perjalanan dengan menyusur sungai dan alur menuju ke negeri Pahang. Dalam perjalanan itu mereka telah menemui suatu kawasan lapang di dalam hutan belantara. Di tengah-tengahnya ada tebat, iaitu bendungan air yang hamper menyerupai kolam.Biasanya tebat terjadi apabila anak sungai ditambak oleh orang. Akan tetapi, tebat di kawasan lapang itu tebat semulajadi. Tiada sesiapa yang mengusahakannya. Oleh sebab itu Tengku Laksamana amat tertarik padanya. Tambah lagi airnya jernih dan ikan banyak di dalamnya.“Kita berehat di sini dahulu,” kata Tengku Laksamana kepada anak-anaknya. “Nampaknya tempat ini sungguh damai dan elok. Tanah di sini juga amat subur. Ayah berasa lebih baik kita berehat lebih lama di sini sebelum meneruskan perjalanan kita.”
Mereka tidak membantah.“Kamu berdua pergilah cari kayu, kita bermalam di sini. Aku nak ke tebat itu untuk menangkap ikan. Boleh kita buat lauk untuk malam ini,” sambung Tengku Awang dan Kassim beredar dari situ. Tidak lama kemudian mereka kembali dengan beberapa batang kayu yang sesuai untuk dijadikan rangka bangsal ringkas, cukup untuk mereka berlindung daripada embun. Tengku Laksamana pula pulang membawa beberapa ekor ikan yang besar-besar. Malam itu mereka tidur dengan nyenyaknya.Keesokannya, pagi-pagi lagi Tengku Laksaman Alang Shah pergi ke tebat. Dia sungguh kagum melihat tebat itu. Nampak lebih cantik pagi ini berbanding dengan petang kelmarin, fikirnya.“Mengapa ayah bermenung pagi-pagi hari lagi?”“Tengku Laksamana tersentak dari lamunannya. Dia tidak menyangka bahawa anak-anaknya telah memerhatikan gerak gerinya.“Tidak mengapa. Cuma ayah berasa begitu terpesona dengan kecantikan tempat ini. Hijau, sejuk dan damai. Baik untuk orang tua seperti aku. Aku rasa aku ingin menetap di sini sahaja dan tidak mahu meneruskan perjalanan lagi.” Tengku Laksamana mengaturkan kata-katanya dengan penuh perasaan. Kemudia dia bertanya ; “Bagaimana pendapat kamu berdua?”“Kami berdua akan mengikut apa sahaja keputusan ayah. Lagipun, sampai bilakah kita akan mengembara begini?” Awang tahu tidak wajar dia membuat pilihan lain.Maka berkampunglah mereka tiga beranak di situ. Mereka menanam pelbagai jenis sayuran di sekitar tebat tersebut. Pada masa yang sama, mereka mencari rotan, dammar dan getah jelutung di hutan untuk dijual. Selain itu, mereka juga berburu.Pada suatu hari, Tengku Laksaman Alang Shah teringin hendak memakan gulai pucuk paku. Dia menyuruh anak-anaknya pergi mencari sayur tersebut. Awang dan kassim mematuhi arahan ayah mereka. Mencari pucuk paku bukanlah sesuatu yang sukar kerana di tempat itu banyak pokok paku. Akan tetapi, oleh sebab mereka hendak cepat, mereka tidak hanya memetik pucuk itubtetapi mencabut keseluruhan pokoknya. Pokok paku pula mudah tercabut kerana tanah di situ berpasir.Walau bagaimanapun, dua beradik itu mendapati pasir di situ agak luar biasa. Mereka berasa hairan melihat keadaan pasir yang jatuh berderai-derai ke tanah dari akar pokok paku yang dicabut. Pasir itu berkilat-kilat. Mereka tidak pernah melihat pasir seperti itu.Awang mengambil segenggam pasir itu untuk ditunjukkan kepada ayahnya.“Ini bukan sebarang pasir,” Kata Tengku Laksamana dengan seuara yang meninggi. “Pasir yang berkilat ini sebenarnya emas!” “Emas?!” teriak Awang dan Kassim serentak.“Ya, debu emas. Bukannya pasir,” tegas ayah mereka.Sejak peristiwa itu Tengku Laksaman dan anak-anaknya bertungkus lumus meraup pasir dan tanah berlumpur di sepanjang tebing tebat itu untuk mendapatkan emas. Setiap kali mereka meraup, pasti ada debu emas yang dikutip. Mereka amat gembira.Sejak itu juga kampung Tengku Laksamana menjadi tumpuan orang ramai yang mendengar cerita itu. Dalam waktu yang singkat kerja ‘meraup’ telah menjadi buah mulut pendulang emas di situ. Apabila ditanya akan arah tujuan mereka, jawapan yang diberikan semua serupa : “ Saya hendak meraup.”Daripada perkataan meraup itu akhirnya timbullah nama Raub.
INI LE RAUB AKU..HAHAHAH... 

No comments:

Post a Comment