u follow ME.. i follow u ^_*

meletopp klee KLIK iklan bwahh nie...

Thursday, March 3, 2011

pasal BLOG...

newbie: I follow you..(lagu digi)
Salam kepada korang yang tengah berblogwalking tu.. Kepada korang yang tengah mengupdate blog pun aku tujukan juga salam aku ni.. Apakah dia fakta menarik yang aku nak sharekan ni..?? Ade lah, mana boleh bagitau..haha. gurau saja, korang sabarlah dulu.. Sebelum itu aku nak bagitau yang semua fakta2 ni adalah dari pandangan dan pengalaman aku sahaja.. Jadi ada kemungkinan yang sangat besar dimana fakta itu boleh menjadi auta.. So, korang amatlah digalakkan supaya kurang mempercayai fakta2 ni..

* Seorang newbie akan cuba memfollow seberapa banyak blogger lain dengan harapan blogger itu akan follow blog dia..
* Sejenis cecair didalam otak seorang blogger akan bertindak balas dan menghasilkan mood gembira apabila entry dia telahdikomen atau blog dia telah difollow..
* Wujudnya blogger yang suka menghentam blogger lain adalah kerana dia mahu mendapatkan traffic dari blog yang dia kutuk tu..
* Follower yang ramai belum tentu menghasilkan traffic yang tinggi..
* Menurut blogger2 atuk otai, blogwalking selama 3 bulan tanpa henti adalah cara mudah untuk dikenali..
* Vlog adalah sepupu belah nenek tiri mak angkat blog..
* Kebanyakkan anonymous adalah orang yang tak ada blog..
* Seorang blogger tegar (addicted blog) akan cuba menghabiskan hari cutinya dengan berblogwalking..
* Meninggalkan komen itu adalah lebih baik dari meninggalkan jejak di shoutbox..
* Blog yang banyak menghasilkan tutorial dikenali sebagai blog mesra SEO (Search Engine Optimization)..

blogger tak suke traffic jam
* Sebab membuat blog yang paling popular adalah kerana ingin mendapatkan duit..
* Antara traffic jam dan traffic web, blogger paling suka jika traffic webnya penuh..
* Fakta yang paling tepat dan tidak boleh disangkal ialah, seorang blogger sebenarnya ialah seorang manusia..

Okay, aku bagi 13 jelah dulu ye.. Sekali lagi nak diingatkan yang semua yang aku tulis ni adalah dari pengalaman dan pemerhatian aku sebagai seorang blogger.. Jadi, sudah semestinya ada yang salah, jika sesiapa yang rasa macam terasa dengan apa yang aku tulis ni.. Ketahui lah ia yang ini adalah sebagai entry gurau2 sahaja..

3 comments:

Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector