u follow ME.. i follow u ^_*

meletopp klee KLIK iklan bwahh nie...

Friday, April 8, 2011

malam JUMAAT + cerita HANTU = LOGIK??

Ini salah satu isu dekat Malaysia, asal malam jumaat je mulalah nak cerita pasal hantu pocong lah ngengsot lah apa lah dan lain lain. Maaf la aku tak tahu nama nama dan jenis hantu sebab tak ambil kesah sangat. 

Malam jumaat, bagi pasangan yang berkahwin pasti tersenyum bila dengar orang sebut malam jumaat. malah siap ada produk bernama malam jumaat lagi, heheh.. korang dah try ake? aku belum lagi sebab belum kahwin. tapi selain tu malam jumaat juga kita selalu ingat pada hantu..



ada ke korang fikir macam tu. asal malam jumaat je pasti ada hantu. pasti ada aku rasa, heheh.. sebab kita sudah biasa tengok dalam filem dan drama yang mengatakan malam jumaat ada hantu. tak percaya korang tengok lah sendiri.
Bukankah sepatutnya kita rasa selamat pada malam jumaat ni sebab banyak surau dan masjid buat bacaan surah yassin. Aku bukan tak percaya dengan benda benda ghaib ni, tapi hantu Melayu? nonsense kot. Tak pelik ke kalau masa zaman kat asrama dulu malam jumaat nak pergi kencing kat tandas pon jadi masalah. 
Kadang-kadang aku hairan juga, kenapa jadi macam tu. takde malam lain ke hantu tu nak keluar? yang aku tahu malam minggu ada la, nak tengok pergi kat bandar atau jalan raya pasti ada 'hantu' tu.. heheh.. maksud aku mat rempit..

Pelik kan? Malah dalam siaran tv pun kalau korang tengok cerita apa bila malam jumaat. cerita hantu kat tv3 ngan astro ria. 'Kalau seram takpe jugak tapi macam haram' (qoute dari abang Lokko). Bukan nak berlagak atau riak, tapi ingatlah pada satu je kita perlu takut, aku tak perlu cakap pun korang dah tau betul, renung renung kan lah :

No comments:

Post a Comment

Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector