u follow ME.. i follow u ^_*

meletopp klee KLIK iklan bwahh nie...

Thursday, July 14, 2011

Cara mengatasi Jenayah

Salam tengahari readers.... 
dah makan ke belum.... hari ini aku cerita sedikit pasal jenayah... mesti pelik tiba-tiba je nak cerita pasal jenayahkan...
sebenarnya pagi tadi ada rumah jiran aku telah dirompak.. fuhh suspen gile... mak aku pagi-pagi dah gerak aku, cakap rumah jiran aku ada ramai Polis... 
jadi aku nak share sikit pasal cara nak mengatasi jenayah...

BAGAIMANA MENCEGAHNYA?
CARA MENCEGAHNYA:
  • Pasangkan door viewer, penyelak pintu utama.
  • Pintu utama perlu diperbuat dari bahan yang kukuh dilengkapi dengan sistem kunci yang berkualiti.
  • Pasangkan pagar besi berkunci pada tingkap rumah anda.
  • Simpan tangga dan alat - alat di tempat yang selamat supaya penceroboh tidak menggunakannya untuk memasuki rumah anda.
  • Potong ranting - ranting pokok dan semak - samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri di halaman rumah anda.
  • Pasang lampu yang mempunyai alat pengesan untuk mengawal halaman serta boleh mengesan penceroboh.


LANGKAH BERJAGA - JAGA:
  • Kuncikan pintu dan tingkap apabila meninggalkan rumah anda walaupun untuk masa yang singkat.
  • Jangan sembunyikan kunci di bawah alas kaki, di dalam pasu bunga atau di atas kotak meter di luar rumah anda.
  • Jangan tinggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda di rumah.
  • Gantikan semua kunci apabila kunci rumah anda hilang atau dicuri.
  • Hentikan hantaran ( contoh: suratkhabar ) apabila anda tiada di rumah untuk beberapa hari.
  • Biarkan radio atau lampu terpasang di waktu malam untuk mewujudkan suasana rumah yang berpenghuni.
  • Simpan wang tunai di bank dan barang kemas anda di dalam peti keselamatan.
  • Minta tolong jiran sebelah rumah anda untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda di rumah.

ROMPAK.
CEGAHILAH ROMPAKAN DI RUMAH:
  • Pastikan pintu pagar atau pintu utama dikunci sepanjang masa.
  • Jangan buka pintu kepada orang yang tidak dikenali.
  • Kenal pasti pelawat door viewer dan pastikan rantai kunci pintu berkunci apabila bercakap dengan pelawat yang tidak dikenali.
  • Maklumkan kepada ahli keluarga terlebih dahulu jika anda menyuruh kawan atau seseorang ke rumah anda

tetapi kalau dah semua ini nak terjadi nak buat macam manakan.. walaupun kita sangat berhati-hati..

No comments:

Post a Comment