u follow ME.. i follow u ^_*

meletopp klee KLIK iklan bwahh nie...

Sunday, March 20, 2011

aku suka kartun.

kali nie aku bagi tahu korang kartun yang aku selalu tengok and memang tak boleh mizz la... kalau tak tengokk nakk aje aku pegi bakorr TV tue..hihihi..tengok ade tak yang same dengan korang..

DRAGON BALL
nie memangg aku paling suka.. sampaii sekarang kalu boleh nak ajee aku download semua cerita nyee...
SAILORMOON
pada peminat setia macam aku.. mmg best la saloimoon niee..hahah ye laa.. lepas tengok DB terus sambung kartun nie
hhaha "dengan kuasa bulan akan memhukum mu"

POWER RANGERS
dalam banyak power rangers aku paling suke warna putih..hihi... yang lama best cikit pada yang baru.
NARUTO
naruto kalau tanya budak lelaki semua minat.. tak gitu.

DIGIMON
dalam banyak digimon aku paling suka PATAMON.. wah ingat lagi tuee.. haha tapi last dia sendinh gila kot
CYBER COP
lama tak tengok cite nie... tak boleh bela bila dia nak berubah...public phone pon jadik..
AVATAR
ini aku suka jugak.. dulu aku selalu tengok kat TV9.. last die pon best jugak.. tapi movie dia kurangg best sikit.
DORAEMON
kalu waktu kecik semua jenis buku doraemon aku kumpul.. memang peminat fanatik la.
SHIN CHAN
kalau korang nak tahu.. dulu nama shin chan nie shin saja.. tapi sebak cite nie rating makin tinggi. tue tukar nama selepas shin chan..
ada tak korang rasa ade yang sama dengan korang... hahaha kalau ada tue "GIVE me 5' ..kite same kot..hahah..
hopefully ade laa kartun ini ditayang kan balik.. aku nak sangat tengokk semua balik.. emmm .

makan bersama BAIK?

korang tau tak makan bersama nie ade kebaikan nye.. aku pon tak tau pon.. nak tauu korang bace la nie yee...

ANTARA budaya masyarakat kita yang perlu diteruskan ialah makan bersama kerana ia bukan sekadar boleh merapatkan hubungan kekeluargaan, malah ada kajian menunjukkan amalan ini mempunyai banyak manfaat, terutama daripada segi kesihatan.
Dalam kajian terbaru di Amerika Syarikat ke atas 200 keluarga yang mempunyai anak berumur lima hingga 12 tahun menghidap asma mendapati, interaksi antara ibu bapa dan anak ketika makan boleh meningkatkan tahap kesihatan mereka.

Walaupun tempoh makan bersama itu pendek (18 minit), interaksi antara ahli keluarga memberi kesan langsung kepada kesihatan, termasuk paru-paru anak, gejala asma dan kualiti hidup secara keseluruhan.


Ini kerana ibu bapa boleh mengambil peluang ketika makan untuk mengambil tahu aktiviti harian anak dan memberi ruang anak bercerita mengenai pengalaman dilalui pada hari berkenaan tanpa gangguan.

Sebaliknya, kanak-kanak asma yang jarang makan bersama keluarga atau makan dalam keadaan tidak tenteram (ada gangguan telefon atau televisyen) menunjukkan tahap kesihatan kurang baik berbanding mereka yang menghabiskan waktu makan bersama ibu bapa.


Selain itu, banyak kajian lain menunjukkan makan bersama boleh merangsang komunikasi dan hubungan antara ahli keluarga. Walaupun kebanyakan orang menganggap bercakap ketika makan kurang sopan, ini antara masa anak berasa selamat, selesa, mesra dan sangat rapat dengan ibu bapa.


Makanan disediakan di rumah biasanya lebih sihat dan berkhasiat kerana anda boleh mengawal penggunaan lemak, garam dan gula.

Pada masa sama, jika anak anda ada gejala alahan, makan bersama adalah cara terbaik untuk mengetahui jenis makanan yang dia alah supaya ia boleh dielakkan pada masa depan.


Selain itu anda boleh berkongsi ilmu pemakanan dan masalah alahan dengan anak lain.


Ketika ini juga ibu bapa boleh mengawal pemakanan anak, terutama bagi yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Individu yang makan sendirian di depan televisyen akan terdorong untuk makan melebihi keperluan harian yang boleh menyebabkan mereka menjadi gemuk.


Kajian juga menunjukkan makan bersama dapat mengelak anak, khususnya remaja, daripada terjebak dengan perlakuan merosakkan seperti merokok, minum minuman keras atau menagih dadah.


Kekerapan makan bersama membolehkan ibu bapa mengesan sebarang perlakuan atau tanda ganjil yang ditunjukkan anak.


Anak yang terbabit dalam masalah sosial begini biasanya dahagakan kasih sayang dan perhatian ibu bapa. Berbual dan berbincang ketika makan adalah cara tidak langsung yang boleh membuatkan anak berasa dihargai dan disayangi.


Minda anak akan berasa tenang apabila mengetahui ibu bapa menyayangi dan memberi perhatian kepada mereka. Ini membolehkan mereka memberi lebih tumpuan kepada pelajaran dan mencuba bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan baik.


Remaja yang makan bersama ibu bapa sekurang-kurangnya empat kali seminggu didapati menunjukkan pencapaian akademik lebih baik berbanding yang hanya makan bersama ibu bapa satu atau dua kali seminggu.


Malah, penyelidik mendapati remaja yang makan bersama ibu bapa mempunyai kecenderungan untuk mengambil sayur-sayuran, buah-buahan dan kurang minum minuman ringan apabila dewasa.


Ini satu perkara yang sangat memberangsangkan dan diharap tabiat baik ini dapat dicontohi anak mereka pula.

Saturday, March 19, 2011

UTHM vs PKB

Memang best la kan tadi tengok perlawanan antara universiti tunb hussein onn malaysia dengan pOlIteknik kota bharu... sebenarnya ini adalah perlawanan antara IPT.. kali ini dia buat dekat UTHM. and sekali gus tak cilap aku kali pertama adanye perlawanan besar dibuat dekat stadiium ini... emm mmg bezzt la kan.. 
jadi korang layan lagi gambar yang sempat aku snap..

      VS

keadaaan waktu perlawanan baru nak bermula

fuhh.. time nie nyaris2 gawang PKB bolos..

keadaan waktu hendak habis minit pertama.

injure pulak.. nasib ade abgg safety kann..

ini antara pennton yang datang.. mmg penuh la satu stadium tue..

ini adalah keadaan wktu gawang UTHM pulak hendak dibolos ( ini wktu minit ke 2)

injure lagi..haha bolehh aku kira.. dekat 10 org injure

ini semua orang dah nak balik dah kot>.
game nie berlngsung pada pukul 4 petang.. last2 x de gol pon yang berjaya dibuat dua pasdaukan ini.. .. jadi result nye 0-0... ape2 pon best la jugak game wlauponn ade la yang bersongeh kate student UTHM tak pandai main.. cbe korang main boleh ke..hihihi...
Protected by Copyscape Web Plagiarism Detector